Popular Posts

Tuesday, 4 December 2012

BOLEH KE IBU YANG MASIH MENYUSUKAN ANAK MINUM ALPHA LIPID SD2?


Selamat pagi semua.. Suria nak berkongsikan sedikit info yang snagat berguna pada ibu2 diluar sana.. Ramai yang whatsApp, email, msg suria tanya soalan " Suria, boleh ke saya masih menyusukan anak (BF) nak minum SD2 ni?? X tahan sangat nak kurus nie" Tersenyum suria bile ramai customer tanya soalan yang sama..Walopun suria belum beranak dan ada anak, tetapi naluri kewanitaan suria ni pahammm snagat2 Siapa x nak kuruskan?? 

Ok, Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang suria berikan adalah dengan mengesyorkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana. Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.

TETAPI sekiranya kita masih tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet adalah 1 langkah yang bijak sekiranya kita menunggu sekurang-kurangnya 2 Bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Bukan ape sekurang-kurangnya biarla badan kite betul2 sudah pulih dr kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi kita.Kita juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun. Tiga perkara yang paling penting untuk pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.

Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan dan juga kesihatan bayi. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet dan berhentilah serta merta.

Sekiranya kita sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil SD2 sebagai program diet, maka kita perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana kita boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebih kurang 100g karbohidrat sehari.

Perkara yang perlu diambil berat :

  • Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan kita merasa lemah dan letih. Apabila kita didalam keadaan seperti ini, maka kita akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.
  • Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan. Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.
Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila mengambil diet ALSD2, kita akan memakan kadar protien yang terlalu tinggi dan ini adalah membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebih kurang 6 ke 11 gram protien didalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protien yang cukup iaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protien, bukan seperti zat makanan yang lain, tidak boleh disimpan didalam badan ibu. Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil SD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.
Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika kita faham betul-betul cara diet SD2, maka kita  perlu mengubah suai program diet seperti fasa “maintenance” dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan  supaya lebih perlahan. Yang paling penting bayi kita tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara diatas yang menjejaskan kesihatan kita dan bayi kita  maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet kita supaya lebih sesuai.


  SOALAN :  
Bolehkah kalau ibu yang menyusu badan (breast feeding)  mengambil 'Alpha Lipid SD II'?
Jawapan dari New Image International chief Nutritionist, Julie Wilson | BERKENAAN IBU YG MENYUSUKAN BADAN:

SDII is safe for a breast feeding mother to take, the only caution is for her to make sure that she gets all the energy (calories) and nutrients she needs to continue breastfeeding.

Eating a healthy diet is encouraged and SDII can form part of this, but she must be careful about how she approaches weight loss while she is breast feeding - I would recommend waiting until she has finished breast feeding before undertaking the full SDII programme (getting into ketosis). - Julie Wilson


Sekadar berkongsi ;-)

Hubungi suria 017-2237793

No comments:

Post a Comment