![]() |
| NASI |
Saya Betul-Betul Perlukan
Nasi...
Pada umumnya, Nasi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Dari sini, badan memperoleh tenaga. Bagaimanapun, jika tiada karbohidrat daripada nasi untuk ditukar kepada tenaga maka lemak akan dipecahkan untuk mendapatkan tenaga badan.
Jelas sekali, untuk memecahkan lemak, nasi perlu dielakkan. Bagaimanapun oleh kerana nasi adalah makanan harian kita, jadi untuk meninggalkan pengambilan nasi adalah sungguh memeritkan. Kita perlu berdisiplin untuk memecahkan lemak atau program SDII tidak berjalan lancar.
Jika jika betul-betul perlukan nasi maka ia boleh diambil pada hari-hari terawal program SDII kita bermula. Contohnya kita boleh makan nasi sekali pada hari pertama, kurangkan kepada suku kuantiti normal kita pada hari kedua dan pada hari ketiga.
Selain nasi, kita juga perlu mengurangkan makanan-makanan berkarbohidrat tinggi yang lain seperti roti dan mee. Gula juga pembekal tenaga badan jadi gula juga perlu dikurangkan termasuk gula daripada buah.
Makanan yang rendah karbohidrat boleh dimakan banyak. Antara contoh makanan yang boleh dimakan ialah daging lembu, daging kambing, ayam, telur dan sayur. Minum air masak 2 liter sehari. Anda mesti makan (tidak boleh berlapar) untuk program SDII ini.
Kita mungkin terfikir kita akan terseksa pada awalnya tetapi sebenarnya kita baru sahaja memulakan gaya pemakanan yang lebih sihat dan kurang menggemukkan. Sedikit disiplin diperlukan untuk menukar tabiat makan makanan menggemukkan hanya untuk mencapai apa yang dipanggil SLIM.
Jika program SDII memberi kepuasan kepada kita dan kita hendaklah berhenti pengambilannya maka kita sudah boleh makan seperti biasa. Konsepnya sesiapa yang makan banyak berisiko gemuk jadi kuantiti makanan kita mesti dikurangkan daripada kuantiti normal kita semasa 'gemuk' dahulu.
So..fikir2kan.

No comments:
Post a Comment